Thursday, 31 December 2015

UNTUK PARA PELAJAR YANG TINGGAL DI PASIR GUDANG DAN KAWASAN-KAWASAN YANG BERHAMPIRAN DENGANNYA.


SELAMAT TAHUN BAHARU 2018

SELAMAT TAHUN BAHARU 2018  DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR DAN IBU BAPA SEMUA.

PERKHIDMATAN TUISYEN BAHASA MELAYU KE RUMAH PELAJAR (HOME TUISYEN)


















A. LOKASI: DI SELURUH DAERAH  
                   JOHOR BAHRU DAN                           PASIR GUDANG 
                   JOHOR.

B. SUBJEK: BAHASA MELAYU

C. PERINGKAT: PRASEKOLAH, 
                          UPSR, PT3, 
                          DAN SPM

D. MASA: PAGI, PETANG, 
                MALAM

DIBIMBING OLEH GURU PAKAR YANG BERPENGALAMAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU




PROGRAM TUISYEN BAGI TAHUN 2018
Pengambilan pelajar baharu bagi sesi tahun 2018 kini sedang berjalan.

JENIS TUISYEN
1. TUISYEN DI RUMAH PELAJAR
    (Berkumpulan kecil) ()




2. TUISYEN DI RUMAH GURU 




                     
A. PERINGKAT
    Prasekolah, UPSR, PT3, dan SPM


B. MASA
    Pagi - Petang - Malam

C. KEISTIMEWAAN TUISYEN BAHASA 
    MELAYU YANG KAMI ANJURKAN.

   1. Dibimbing oleh guru yang 
       berpengalaman lebih 20 tahun 
       dalam mata pelajaran Bahasa 
       Melayu iaitu penganjur kelas 
       tuisyen itu sendiri

   2. Berkumpulan kecil - membolehkan 
       guru membuat tumpuan khusus 
       kepada para pelajar

   3. Mempraktikkan konsep 
       pembelajaran terkini termasuk 
       konsep KBAT
  
   4. Mempraktikkan pembelajaran 
       menerusi laman web bagi pelajar-
       pelajar PT3 dan SPM

   5. Para pelajar berpeluang mengikuti 
       program Bengkel Bahasa Melayu 
       yang diadakan setiap bulan

   6. Para pelajar berpeluang mengikuti 
       sesi pembelajaran 4 hingga 5 kali 
       sebulan bagi setiap sesi.

   7. Para pelajar berpeluang mengikuti 
       ceramah-ceramah teknik   
       menjawab soalan peperiksaan 
       ketika hampir menghadapi 
       peperiksaan UPSR, PT3, dan SPM

   8. Tempat selesa dan berhawa dingin

   9. Pendaftaran percuma

  10. Yuran amat berpatutan.

USAH BERLENGAH-LENGAH LAGI JIKA  ANDA INGINKAN ANAK ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM BAHASA MELAYU BAGI SETIAP PEPERIKSAAN.

DAFTAR SEGERA. TEMPAT TERHAD

HUBUNGI CIKGU RASHID
TEL/WHATSAPP: 012-7124334
PAGE/fb: Tuisyen Bahasa Melayu




Saturday, 21 November 2015


KEPUTUSAN UPSR 2015

         Alhamdulillah......keputusan UPSR 2015 kertas Bahasa Melayu mencatatkan keputusan yang amat membanggakan.

100 peratus para pelajar saya lulus dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 dengan 97 peratus daripadanya memperoleh A dalam kedua-dua kertas ini.

        Nampaknya pendekatan baharu yang saya praktikkan dalam pengajaran saya membuahkan hasil seperti mana yang diharap-harapkan.


        Saya yakin para pelajar saya telah dapat menguasai tatabahasa bahasa Melayu dengan baik, sekali gus memudahkan mereka untuk menghadapi peperiksaan yang lebih besar iaitu PT3.

       Di sini saya mengambil kesempatan untuk sekali lagi mengucapkan tahniah kepada palejar saya yang telah berjaya memperoleh keputusan UPSR dengan cemerlang. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang telah memberikan sokongan dan kerjasama padu kepada saya untuk terus membimbing anda semua.


       Teruskan usaha anda untuk kejayan yang seterusnya.

Selamat Maju Jaya

Cikgu Rashid - 2015.















Saturday, 22 August 2015

MAJLIS CERAMAH KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PT3
DI SMK SERI KOTA PUTERI 2
PADA HARI KHAMIS BERSAMAAN 20 OGOS 2015.

DISAMPAIKAN OLEH: CIKGU RASHID LEWAN

       Pada keseluruhannya ceramah yang diadakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. 

       Sekurang-kurangnya, ceramah yang diadakan mampu menyuntik semangat para pelajar untuk menduduki peperiksaan PT3 yang akan dihadapi oleh mereka tidak lama lagi. Ceramah ini juga telah dapat menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar tentang Bahasa Melayu.






























































Saturday, 8 August 2015




KOLEKSI FOTO SEMASA


BERSAMA-SAMA DENGAN PELAJAR-PELAJAR SPM.      SETELAH SELESAI

 MENGULANG KAJI SUBJEK BAHASA MELAYU SEBAGAI PERSEDIAAN

 MENGHADAPI UJIAN BULANAN YANG AKAN MENJELANG TIDAK BEBERAPA LAMA


 LAGI.

DUDUK BERSEMBANG-SEMBANG SAMBIL MENIKMATI TOMYAM PANAS DAN

 PEDAS.




















Thursday, 28 August 2014



........................................................................



TUISYEN MERUPAKAN SALAH SATU CARA UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI ANAK-ANAK BAGI MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN.
HAL INI DEMIKIAN KERANA;
A) ANAK-ANAK BERPELUANG BERTANYA KEPADA GURU-GURU DI PUSAT TUISYEN TENTANG PELAJARAN YANG TIDAK DAPAT DIFAHAMI SEMASA BELAJAR DI SEKOLAH. ANAK-ANAK LEBIH SELESA BERTANYA KEPADA GURU DI PUSAT TUISYEN BERBANDING DENGAN GURU DI SEKOLAH. INI MUNGKIN KERANA BILANGAN PELAJAR DI PUSAT TUISYEN YANG TIDAK BANYAK MENYEBABKAN ANAK-ANAK TIDAK MALU UNTUK BERTANYA KEPADA GURU. ANAK-ANAK JUGA LEBIH MUDAH BERTANYA KEPADA GURU KERANA GURU LEBIH MESRA DAN BANYAK MENUMPUKAN PERHATIAN TERHADAP MURID.

B) DI PUSAT TUISYEN, ANAK-ANAK LEBIH DIDEDAHKAN KEPADA TEKNIK MENJAWAB SOALAN , SELAIN LEBIH BANYAK LATIHAN DIBERIKAN OLEH GURU KERANA INILAH SASARAN KAMI SEBENARNYA IAITU MEMAHIRKAN ANAK-ANAK MENJAWAB SOALAN-SOALAN BERFORMAT PEPERIKSAAN.

C) ANAK-ANAK MEMPUNYAI MASA YANG BANYAK UNTUK MEMBUAT LATIHAN DAN BERPELUANG MEMPEROLEH PETUNJUK DARIPADA GURU UNTUK MEMBIMBING MEREKA SEHINGGA MEREKA MAHIR MENJAWAB SOALAN ATAU MENYELESAIKAN SESUATU MASALAH BERKAITAN DENGAN PELAJARAN.

D) SEBELUM MENJELANGNYA SESUATU PEPERIKSAAN, ANAK-ANAK AKAN DIBIMBING OLEH GURU UNTUK MEMBUAT ULANG KAJI PELAJARAN DAN MENYELESAIKAN SEGALA KEMUSKILAN ANAK-ANAK BAGI MENJAWAB SEESUATU SOALAN YANG SUKAR UNTUK DIJAWAB.

NAMUN, IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG TERLALU LEMAH DALAM PELAJARAN KHUSUSNYA BAHASA MELAYU PERLU BERSABAR KERANA ANAK-ANAK SEPERTI INI SEMEMANGNYA LAMBAT UNTUK MENGUASAINYA. LEBIH-LEBIH LAGI BAGI ANAK-ANAK YANG BARU BERADA DALAM TAHUN 4. ADA SESETENGAH ANAK YANG YANG MEMPEROLEH MARKAH TERLALU RENDAH DALAM BAHASA MELAYU PADA PERINGKAT INI.

YANG PENTING SEKALI ILAH IBU BAPA PERLU BERSABAR DAN MEMBERI GALAKKAN KEPADA ANAK-ANAK UNTUK RAJIN DAN TERUS BERUSAHA, MEMBERIKAN PERHATIAN YANG SEPENUHNYA TERHADAP SEGALA AJARAN GURU, MENYIAPKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN DAN SELALU MEMASTIKAN KERJA RUMAH YANG DIBERIKAN OLEH GURU DISIAPKAN OLEH ANAK-ANAK.

RAJIN DAN BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN ANAK-ANAK DALAM PELAJARAN. 100 ORANG GURU TUISYEN MENGAJAR ANAK-ANAK SEKALIPUN TIDAK MEMBERI APA-APA MAKNA SEKIRANYA ANAK-ANAK DIJANGKITI PENYAKIT MALAS DAN TIDAK MENGAMBIL BERAT TERHADAP PELAJARAN.




APA YANG SAYA HARAPKAN IALAH MEREKA YANG SEDANG DAN AKAN MENGIKUTI KELAS TUISYEN BERSAMA-SAMA SAYA,
IKUTILAH KELAS YANG DIADAKAN SECARA KONSISTEN DAN JANGAN SELALU PONTENG KERANA MASA DAN KEMATANGAN SESEORANG MURID JUGA MERUPAKAN SALAH SATU FAKTOR PENENTU

KEJAYAAN SESEORANG MURID

.
JIKA MAHUKAN HASIL YANG MEMUASKAN BERIKANLAH KERJASAMA YANG SEPENUHNYA. SEKIAN.


........................................................................

TUISYEN BAHASA MELAYU UPSR SESI  2015 

GAMBAR 1



MEMANDANGKAN TEMPAT YANG AGAK TERHAD IBU BAPA DINASIHATKAN AGAR MENDAFTARKAN ANAK-ANAK MEREKA DENGAN SEGERA



GAMBAR 2



TUISYEN BAHASA MELAYU PT3 SESI 2015 TELAH BERMULA


GAMBAR 3




GAMBAR 4





GAMBAR 5




GAMBAG 6





TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA MURID SAYA YANG MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM UPSR.   51 ORANG MURID MEMPEROLEH A DALAM KEDUA-DUA KERTAS MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU. TAHNIAH SEKALI LAGI DIUCAPKAN.

JUMLAH PELAJAR  65 ORANG
a) 51 orang memperoleh A (Kertas 1 dan 2)
b) 7 orang pelajar memperoleh A
     dalam kertas 1 dan B dalam kertas 2
c) 4 orang pelajar memperolah B dalam 
    kertas 1 dan A dalam kertas 2
d) 3 orang pelajar memperoleh B dalam 
    kedua-dua kertas.
e) Peratus lulus  -  100%



 A.  PEMBERITAHUAN








1. Program tuisyen cuti sekolah 
    (Nov dan Dis 2014) - Kelas tuisyen berjalan 
   seperti biasa pada cuti persekolahan penggal
   ketiga 2014. Daftarlah sekarang.

2. Pengambilan pelajar baru bagi sesi tahun  
      2015. Pendaftaran dibuka mulai sekarang.
      Para pelajar lepasan UPSR digalakkan 
      membuat pendaftaran dengan segera bagi
      mengikuti kelas tingkatan satu sesi 2015.

3.  Pengambilan pelajar baru SPM ( Ting 4 dan    
     5 ) sesi 2015 dibuka sekarang. Para pelajar 
     lepasan PT3 yang akan mengikuti program  
     tuisyen bagi tingkatan 4 bagi sesi 2015,  
     digalakkan mendaftar sekarang.   
     Pendaftaran percuma.


B.  ANTARA PROGRAM  YANG DIADAKAN
      DALAM KELAS TUISYEN KAMI

A.  Pembelajaran Menerusi Internet.



Beberapa orang pelajar PT3 sedang mengikuti sesi pembelajaran menerusi Internet, di rumah pelajar bersama dengan Cikgu Rashid




Pembelajaran menerusi laman blog yang disediakan merupakan salah satu program  yang diadakan dalam kelas tuisyen kami. 
Program ini menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan, dan  mudah  difahami oleh murid-murid. 

B.  Program Tuisyen Di Rumah Guru



Para pelajar PT3 sedang mengikuti sesi pembelajaran Bahasa Melayu dengan tekun bersama dengan Cikgu Rashid.












C.  Tuisyen Berkumpulan Di Rumah Murid



Belajar secra berkumpulan dilihat sebagai suatu cara belajar yang amat berkesan kerana guru dapat memberikan tumpuan  khusus kepada para pelajar. Para pelajar pula dapat bertanya kepada guru dengan lebih mudah tanpa berasa malu sekiranya menghadapi masalah tentang pelajaran.




D.  Tuisyen Prasekolah 


Pendidikan prasekolah amat penting kerana di sinilah kanak-kanak diajar cara bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan, selain mereka belajar bertutur, mengeja, membaca dan menulis serta menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Dengan cara ini, mereka akan dapat bertutur dan membaca dengan lancar apabila memasuki alam persekolahan yang sebenar kelak.




E.  Kelas Tuisyen PT3













Ingin memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu? Jangan bimbang! Kami sedia membantu  anda sehingga BERJAYA.

JENIS TUISYEN

1. PERINGKAT PRA SEKOLAH
(A)  Tuisyen Di Rumah Murid
       ( Berkumpulan Kecil ) 
       Bil Murid :   Maksimum 6 Orang.
       Masa         :   Pagi atau Petang atau Malam
                             


(B) Tuisyen Di Rumah Guru
       Masa        :   Pagi atau Petang atau Malam
                             
2. PERINGKAT UPSR DAN PBS
    ( Tahun 1 Hingga Tahun 6 )
(A) Tuisyen Di Rumah Murid
       ( Berkumpulan Kecil )
       Bil. Murid :  Maksimum  6 Orang
       Masa          :  Pagi atau Petang atau Malam
                              

(B) Tuisyen Di Rumah Guru.
       Masa         :  Pagi atau Petang atau Malam                       
                            
3. PERINGKAT PT3 ( Ting. 1, 2, Dan 3 )
(A) Tuisyen Di Rumah Murid
       ( Berkumpuan Kecil )
       Bil Murid :  Maksimum 6 orang.
       Masa         :  Pagi atau Petang atau Malam
                             
(B) Tuisyen Di Rumah Guru.
       Masa          : Pagi atau Petang atau Malam                        
                             
4. PERINGKAT SPM (Ting. 4 Dan 5 )
(A) Tuisyen Di Rumah Murid
       ( Berkumpulan Kecil )
       Bil Murid :  Maksimum 6 Orang.
       Masa         :  Pagi atau Petang atau Malam.
                             
(B) Tuisyen Di Rumah Guru
       Masa         :  Pagi atau Petang atau Malam
                             
KEISTIMEWAAN TUISYEN KAMI

1. Para pelajar diajar oleh penganjur tuisyen ini sendiri iaitu Cikgu Rashid Lewan dan Cikgu Fatimah Tahir. Kami berpengalaman dalam pengajaran Bahasa Melayu lebih daripada 20 tahun.

2. Kelas diadakan sepanjang tahun termasuk pada waktu cuti penggal persekolahan. Kami juga mengadakan program khas tuisyen cuti persekolahan pada hujung tahun.

3. Pengajaran dan pembelajaran berfokuskan topik-topik peperiksaan. Antaranya termasuklah:
a) Selok belok tatabahasa bagi semua 
    peringkat
b) Teknik penulisan karangan yang baik
c) Pertuturan / latihan ujian lisan
d) Kemahiran membaca dan mengeja
e) Latihan dan teknik menjawab soalan 
    peperiksaan.

4. Jumlah murid yang kecil, membolehkan kami membuat tumpuan khusus dalam aspek kefahaman dan kemahiran bagi memahami sesuatu topik.

5. Mahir dan kreatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 

6. Memberikan kemudahan tambahan kepada para pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu menerusi laman sesawang yang disediakan dan "Facebook", selain nota, dan saolan-soalan untuk latihan di rumah. Kami juga menyediakan kelas tambahan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum, sekiranya diperlukan.

7. Pendaftaran percuma

 8. Yuran yang amat berpatutan.

PERINGATAN MESRA
BAHASA MELAYU merupakan salah satu mata pelajaran penting dalam semua peringkat peperiksaan. Namun banyak murid tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran ini kerana murid-murid sebegini tidak dapat menguasai tatabahasa bahasa Melayu dengan baik.

Atas sebab inilah, kami menggalakan ibu bapa menghantar anak-anak menyertai tuisyen yang kami anjurkan ini, pada peringkat awal. Hal ini demikian kerana mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan murid mempelajari  tatabahasa pada peringkat awal agar dapat menguasainya dengan cemerlang sebagai landasan untuk memperoleh markah yang membanggakan dalam setiap peperiksaan.


Hubungi:
Cikgu Rashid Lewan dan Cikgu Fatimah
Tel:              : 012-7124334
Laman Blog : tuisyenbahasamelayu.blogspot.com
                     : rashidlewan.blogspot.com
Facebook     : Tuisyen Bahasa melayu


PANDUAN UNTUK MENGINGATI AJARAN YANG DISAMPAIKAN OLEH GURU DI KELAS





1ABAIKAN SEMUA YANG LAIN
Apabila guru mula mengajar, hentikan semua perkara yang lain. Berhenti dari mencari buku, mengasah pensell, berhenti menyuruh orang lain diam, berhenti daripada mengikat tali kasut dan sebagainya. Beri tumpuan 100% kepada penerangan guru. Ini RAHSIA PALING BESAR pelajar cemerlang!

2TEKA, PERKARA YANG AKAN DIAJARKAN OLEH GURU
Sebelum guru mula mengajar sesuatu topik, tanya dalam minda
  • topik ini berkenaan apa
  • apa yang penting
    agaknya dalam topik ini
  • topik ini ada kaitan
    atau pun tidak dengan topik sebelum ini
Lebih banyak soalan dalam minda sebelum guru mula mengajar, LEBIH BAGUS!


3CONTENG KERTAS KOSONG
Semasa guru sedang mengajar, jika ada soalan keluar dalam minda anda mengenai perkara yang tidak anda fahami, contengkan pada kertas kosong. Apa-apa yang anda faham  semasa guru  mengajar juga tanda pada kertas kosong.


4BAYANGKAN APA-APA YANG SEDANG GURU AJARKAN
Jika kita tidak bayangkan apa-apa yang guru sedang ajar, kita akan terbayang akan benda yang lain. Membayangkan benda lain semasa guru sedang mengajar ini dinamakan berangan-angan atau berkhayal di dalam kelas. Bayangkan apa-apa yang sedang guru ajarkan atau apa-apa yang sedang guru terangkan.


5CEPAT-CEPAT BUAT LATIHAN
Soalan dari latihan boleh menentukan sama ada murid-murid faham atau tidak. Lebih banyak faham, lebih banyak kita akan ingat. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat kita jawab atau tidak faham, tuliskan soalan di pada kertas untuk ditanyakan kepada guru kita.

6MINTA BANTUAN GURU SETELAH MENCUBA
Ada pelajar bertanya kepada guru sebelum dia cuba menjawab soalan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan dia mudah lupa. Buat dulu, fikir dulu dan cuba jawab dulu dengan bersungguh-sungguh, kemudian baru bertanya.

7BACA SEMULA APA-APA YANG TELAH DIAJARKAN OLEH GURU SEBELUM 48 JAM
Kajian saintis menunjukkan jika pelajar belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari. Cara mengatasinya ialah selepas belajar, baca semula atau ulang kaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti TIDAK MUDAH LUPA.

SELAMAT MENCUBA. SEMOGA BERJAYA.


 Para pelajar  yang dikasihi,

A. BAHASA MELAYU MUDAH DIPELAJARI,  
    TETAPI SUKAR DIKUASAI

         Untuk menguasai bahasa Melayu, seseorang itu hendaklah mempunyai sikap positif terhadap bahasa tersebut dan perlu menguasai tatabahasanya. Tanpa menguasai aturan bahasa, seseorang itu tidak boleh dikatakan sudah menguasai bahasa tersebut.

B.KREATIVITI GURU DALAM PENGAJARAN
    BAHASA

   Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Objektif ini dapat dicapai melalui kaedah atau cara penyampaian guru itu sendiri.
      Guru yang berjaya ialah guru yang banyak mempunyai ilmu pengetahuan dan bijak menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan. Selain guru, penglibatan murid juga amat penting bagi menentukan pembelajaran Bahasa Melayu berjaya.


TUISYEN PRASEKOLAH







Sesi pembelajaran bahasa Melayu prasekolah yang kami anjurkan

       Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas, dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Dalam aspek pendidikan bahasa pula, penekanan lebih diberikan kepada penggunaan bahasa  yang betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. Pada peringkat awalnya murid-murid perlu didedahkan dengan asas pembelajaran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Sekiranya kurang diberikan penekanan pada peringkat awal pendidikan inilah, banyak kanak-kanak masih belum dapat membaca dan bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu walaupun mereka telah melangkah ke alam persekolahan.

         Menyedari hakikat inilah, para ibu bapa kini mula menghantar anak-anak menyertai tuisyen pada peringkat tadika lagi, sebagai pelengkap ke arah melahirkan insan yang celik bahasa Melayu.

Perkara Yang Diajarkan Dalam Program Tuisyen Prasekolah.









a) Bergaul dan bertutur dengan rakan-rakan 
    sebaya.
b) Kemahiran dan kecekapan mendengar.
c) Membaca dengan lancar dan mengenal  
    huruf, suku kata dan mengeja (bagi mereka  
    yang belum pandai membaca)
d) Menulis dengan kemas, bersih  dan betul.
e) Berdisiplin, berbudi bahasa, bersopan 
    santun dan pandai menyesuaikan diri serta 
    berani dan yakin kepada diri sendiri. 






KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUGA
1. Murid-murid yang cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Melayu - UPSR 2011

NAMA MURID              Kertas1      Kertas2

1. M.Hariharan                  A                A
2. Rahana                         A                A
3. R.Rishika                      A                A
4. Thasmeena                   A                A
5. Arvindan                        A                A
6. Sudahsni                       A                A
7. Yashvaan                      A                A
8. M.Amir Aiman               A                A
9. Jayabalan                      A                A
10. Taranisha                    A                A
11. Tulaisiram                   A                A
12. Kanistigaa                   A                A
13. Ang Zheng Feng         A                A
14. Lim Teng Seng            A                A 
15. Arun Kumar                 A                A
16. Suraya                         A                A
17. Amira                           A                A
18. Ainur Izati                    A                A
19. Praveen                       A                A
20. Kartikayen                   A                A
21. Aravind                        A                A
22. Heema                         A                A
23. Sarman                        A                B
24. Chong Yit Ern              B                B
25. Mohd. Rafi                   A                A
26. Firdaus                        A                A
27. Sharifah                       A                A
28. Amutha                        A                A
29. Junainah                      A                A
30. Rafidah                        A                B
                  
2. Murid-murid yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu - UPSR 2012

Nama Murid               Kertas 1      Kertas 2

1. Vilasini                         A                 A
2. Thilant Nair                  A                 A
3. Rohana                        A                 A
4. Abd. Rahman               A                 A
5. Salini                            A                 A
6. Kirthikha                       A                 A
7. Pravin                           A                 A
8. Sharifah Aminah           A                 A
9. Puteri Farhanah            A                 A
10. Pavittra                        A                 A
11. Harizul Haziq               A                 A
12. Leesa                          A                 A
13. Lee Zheng Yee            A                 A
14. Janaqar                       A                 A
15. Liew Chun Hong          A                 A
16. Sailesh                         A                 B
17. Ridzwan                       A                 A
18. Muhd Harith                 A                 A
19. Balqis                           A                 A
20. Siti Aishah                    A                 A
21. Kugeneswari                 A                 A

3. Murid-murid cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu - UPSR 2013

Nama murid                Kertas 1        Kertas 2

1. Nur Nasiha Atira      A                  A
2. Laasini                     A                  A
3. Ang Sze Qin            A                  A
4. Nur Aiman               A                  A
5. Santhiya                  A                  A
6. Tashwin                  A                   A
7. Sankari                    B                   A
8. A.Rahman               A                   A
9. C. Keong Sheng      A                   A
10. Nahendrn              A                   A
11. Darshini                 A                   A
12. Navin                     A                   A
13. R.Rajendrn            A                   A
14. Mohd. Aidel            A                   B
15. Syamala                 A                   A
16. M.Arif Irfan             A                   A
17. Clarance                 A                   A
18. Keerthiga Shini       B                   A
19. Kumaresan             A                   A
20. Jacelyn                   A                   A
21. Lee Jas Min            A                   A
22. Isyraf Imran            A                   A
23. Rohaya                   A                   A
24. Nur Nabilah            A                   A
25. Shevani Shakti       A                   A
26. Kesava Raayu        A                   A
27. Cheu Shao Min      A                   A
28. Krishveen               A                   A
29. Narmatha               A                   A
30. C. Boon Leong       A                   A
31. R. Saranya             B                   A
32. Bhuban                   A                  B
33. Kuhan Raj              A                   A


BERITA TERKINI

Majlis Ceramah UPSR 2014
Selasa 26 Ogos 2014




 Ceramah UPSR yang baru-baru ini diadakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar. Ceramah ini bukan sahaja dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar bahkan juga mampu menyuntik semangat mereka untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan. Saya doakan semoga anda semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.                                   


Antara pelajar yang memporoleh anugerah cemerlang, berdasarkan pencapaian mereka yang amat membanggakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan 2.



                            
Ceramah UPSR yang diadakan baru-baru ini mampu memberikan semangat dan  keyakinan kepada para pelajar pada saat-saat akhir sebelum mereka menduduki peperiksaan.
       

   Para pelajar yang berjaya menerima pelbagai cenderamata begitu gembira kerana merasakan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh mereka selama ini membuahkan hasil dan dihargai. Setidak-tidaknya mereka akan lebih bersemangat untuk berusaha bagi mencapai kejayaan seterusnya, yang lebih penting dan bermakna untuk kecemerlangan masa depan mereka.
      Sebahagian daripada mereka yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mereka yang telah lama belajar di sini. Ada sesetengahnya mereka mula belajar di sini sejak mereka tadika lagi.
             Kepada mereka ini saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan.
Tidak lupa juga saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa pelajar yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk membimbing anak-anak mereka.
         
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2014.







PARA PELAJAR YANG DIKASIHI,
SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH KEPADA PARA PELAJAR YANG MENYERTAI PROGRAM TUISYEN SESI 2015.
NAMUN SAYA BERASA AGAK TERKILAN TERHADAP SIKAP SEGELINTIR PELAJAR YANG TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG KEHADIRAN KE KELAS TUISYEN.
MEREKA SELALU PONTENG KELAS ATAS PELBAGAI ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH. INI BUKAN PERKARA BARU, MALAH SUDAH BERTAHUN-TAHUN LAMANYA .
SAYA BERHARAP AGAR PARA PELAJAR DAN IBU BAPA LEBIH KOMITED TERHADAP KEHADIRAN ANAK-ANAK DALAM KELAS TUISYEN YANG KAMI ANJURKAN INI.
HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH.





SAYA MEGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ATAU PANDANGAN DARIPADA ANDA SEMUA. SILA TULISKAN KOMEN ATAU PANDANGAN ANDA DALAM RUANGAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH INI.
TERIMA KASIH.