........................................................................
........................................................................
TUISYEN BAHASA MELAYU UPSR SESI 2015
GAMBAR 1
MEMANDANGKAN TEMPAT YANG AGAK TERHAD IBU BAPA DINASIHATKAN AGAR MENDAFTARKAN ANAK-ANAK MEREKA DENGAN SEGERA
GAMBAR 2
TUISYEN BAHASA MELAYU PT3 SESI 2015 TELAH BERMULA
GAMBAR 3
GAMBAR 4
GAMBAR 5
GAMBAG 6
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA MURID SAYA YANG MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM UPSR. 51 ORANG MURID MEMPEROLEH A DALAM KEDUA-DUA KERTAS MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU. TAHNIAH SEKALI LAGI DIUCAPKAN.
JUMLAH PELAJAR 65 ORANG
a) 51 orang memperoleh A (Kertas 1 dan 2)
b) 7 orang pelajar memperoleh A
dalam kertas 1 dan B dalam kertas 2
c) 4 orang pelajar memperolah B dalam
kertas 1 dan A dalam kertas 2
d) 3 orang pelajar memperoleh B dalam
kedua-dua kertas.
e) Peratus lulus - 100%
A. PEMBERITAHUAN
1. Program tuisyen cuti sekolah
(Nov dan Dis 2014) - Kelas tuisyen berjalan
seperti biasa pada cuti persekolahan penggal
ketiga 2014. Daftarlah sekarang.
2. Pengambilan pelajar baru bagi sesi tahun
2015. Pendaftaran dibuka mulai sekarang.
Para pelajar lepasan UPSR digalakkan
membuat pendaftaran dengan segera bagi
mengikuti kelas tingkatan satu sesi 2015.
3. Pengambilan pelajar baru SPM ( Ting 4 dan
5 ) sesi 2015 dibuka sekarang. Para pelajar
lepasan PT3 yang akan mengikuti program
tuisyen bagi tingkatan 4 bagi sesi 2015,
digalakkan mendaftar sekarang.
Pendaftaran percuma.
B. ANTARA PROGRAM YANG DIADAKAN
DALAM KELAS TUISYEN KAMI
A. Pembelajaran Menerusi Internet.
Beberapa orang pelajar PT3 sedang mengikuti sesi pembelajaran menerusi Internet, di rumah pelajar bersama dengan Cikgu Rashid
Pembelajaran menerusi laman blog yang disediakan merupakan salah satu program yang diadakan dalam kelas tuisyen kami.
Program ini menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan, dan mudah difahami oleh murid-murid.
B. Program Tuisyen Di Rumah Guru
Para pelajar PT3 sedang mengikuti sesi pembelajaran Bahasa Melayu dengan tekun bersama dengan Cikgu Rashid.
C. Tuisyen Berkumpulan Di Rumah Murid
Belajar secra berkumpulan dilihat sebagai suatu cara belajar yang amat berkesan kerana guru dapat memberikan tumpuan khusus kepada para pelajar. Para pelajar pula dapat bertanya kepada guru dengan lebih mudah tanpa berasa malu sekiranya menghadapi masalah tentang pelajaran.
D. Tuisyen Prasekolah
Pendidikan prasekolah amat penting kerana di sinilah kanak-kanak diajar cara bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan, selain mereka belajar bertutur, mengeja, membaca dan menulis serta menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Dengan cara ini, mereka akan dapat bertutur dan membaca dengan lancar apabila memasuki alam persekolahan yang sebenar kelak.
E. Kelas Tuisyen PT3
Ingin memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu? Jangan bimbang! Kami sedia membantu anda sehingga BERJAYA.
JENIS TUISYEN
1. PERINGKAT PRA SEKOLAH
(A) Tuisyen Di Rumah Murid
( Berkumpulan Kecil )
Bil Murid : Maksimum 6 Orang.
Masa : Pagi atau Petang atau Malam
Masa : Pagi atau Petang atau Malam
2. PERINGKAT UPSR DAN PBS
( Tahun 1 Hingga Tahun 6 )
(A) Tuisyen Di Rumah Murid
( Berkumpulan Kecil )
Bil. Murid : Maksimum 6 Orang
Masa : Pagi atau Petang atau Malam
(B) Tuisyen Di Rumah Guru.
Masa : Pagi atau Petang atau Malam
3. PERINGKAT PT3 ( Ting. 1, 2, Dan 3 )
(A) Tuisyen Di Rumah Murid
( Berkumpuan Kecil )
Bil Murid : Maksimum 6 orang.
Masa : Pagi atau Petang atau Malam
(B) Tuisyen Di Rumah Guru.
Masa : Pagi atau Petang atau Malam
4. PERINGKAT SPM (Ting. 4 Dan 5 )
(A) Tuisyen Di Rumah Murid
( Berkumpulan Kecil )
Bil Murid : Maksimum 6 Orang.
Masa : Pagi atau Petang atau Malam.
(B) Tuisyen Di Rumah Guru
Masa : Pagi atau Petang atau Malam
KEISTIMEWAAN TUISYEN KAMI
1. Para pelajar diajar oleh penganjur tuisyen ini sendiri iaitu Cikgu Rashid Lewan dan Cikgu Fatimah Tahir. Kami berpengalaman dalam pengajaran Bahasa Melayu lebih daripada 20 tahun.
2. Kelas diadakan sepanjang tahun termasuk pada waktu cuti penggal persekolahan. Kami juga mengadakan program khas tuisyen cuti persekolahan pada hujung tahun.
3. Pengajaran dan pembelajaran berfokuskan topik-topik peperiksaan. Antaranya termasuklah:
a) Selok belok tatabahasa bagi semua
peringkat
b) Teknik penulisan karangan yang baik
c) Pertuturan / latihan ujian lisan
d) Kemahiran membaca dan mengeja
e) Latihan dan teknik menjawab soalan
peperiksaan.
4. Jumlah murid yang kecil, membolehkan kami membuat tumpuan khusus dalam aspek kefahaman dan kemahiran bagi memahami sesuatu topik.
5. Mahir dan kreatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
6. Memberikan kemudahan tambahan kepada para pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu menerusi laman sesawang yang disediakan dan "Facebook", selain nota, dan saolan-soalan untuk latihan di rumah. Kami juga menyediakan kelas tambahan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum, sekiranya diperlukan.
7. Pendaftaran percuma
8. Yuran yang amat berpatutan.
PERINGATAN MESRA
BAHASA MELAYU merupakan salah satu mata pelajaran penting dalam semua peringkat peperiksaan. Namun banyak murid tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran ini kerana murid-murid sebegini tidak dapat menguasai tatabahasa bahasa Melayu dengan baik.
Atas sebab inilah, kami menggalakan ibu bapa menghantar anak-anak menyertai tuisyen yang kami anjurkan ini, pada peringkat awal. Hal ini demikian kerana mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan murid mempelajari tatabahasa pada peringkat awal agar dapat menguasainya dengan cemerlang sebagai landasan untuk memperoleh markah yang membanggakan dalam setiap peperiksaan.
Hubungi:
Cikgu Rashid Lewan dan Cikgu Fatimah
Tel: : 012-7124334
Laman Blog : tuisyenbahasamelayu.blogspot.com
: rashidlewan.blogspot.com
Facebook : Tuisyen Bahasa melayu
PANDUAN UNTUK MENGINGATI AJARAN YANG DISAMPAIKAN OLEH GURU DI KELAS
1 | ABAIKAN SEMUA YANG LAIN |
Apabila guru mula mengajar, hentikan semua perkara yang lain. Berhenti dari mencari buku, mengasah pensell, berhenti menyuruh orang lain diam, berhenti daripada mengikat tali kasut dan sebagainya. Beri tumpuan 100% kepada penerangan guru. Ini RAHSIA PALING BESAR pelajar cemerlang! | |
2 | TEKA, PERKARA YANG AKAN DIAJARKAN OLEH GURU |
Sebelum guru mula mengajar sesuatu topik, tanya dalam minda
| |
3 | CONTENG KERTAS KOSONG |
Semasa guru sedang mengajar, jika ada soalan keluar dalam minda anda mengenai perkara yang tidak anda fahami, contengkan pada kertas kosong. Apa-apa yang anda faham semasa guru mengajar juga tanda pada kertas kosong. | |
4 | BAYANGKAN APA-APA YANG SEDANG GURU AJARKAN |
Jika kita tidak bayangkan apa-apa yang guru sedang ajar, kita akan terbayang akan benda yang lain. Membayangkan benda lain semasa guru sedang mengajar ini dinamakan berangan-angan atau berkhayal di dalam kelas. Bayangkan apa-apa yang sedang guru ajarkan atau apa-apa yang sedang guru terangkan. | |
5 | CEPAT-CEPAT BUAT LATIHAN |
Soalan dari latihan boleh menentukan sama ada murid-murid faham atau tidak. Lebih banyak faham, lebih banyak kita akan ingat. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat kita jawab atau tidak faham, tuliskan soalan di pada kertas untuk ditanyakan kepada guru kita. | |
6 | MINTA BANTUAN GURU SETELAH MENCUBA |
Ada pelajar bertanya kepada guru sebelum dia cuba menjawab soalan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan dia mudah lupa. Buat dulu, fikir dulu dan cuba jawab dulu dengan bersungguh-sungguh, kemudian baru bertanya. | |
7 | BACA SEMULA APA-APA YANG TELAH DIAJARKAN OLEH GURU SEBELUM 48 JAM |
Kajian saintis menunjukkan jika pelajar belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari. Cara mengatasinya ialah selepas belajar, baca semula atau ulang kaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti TIDAK MUDAH LUPA. SELAMAT MENCUBA. SEMOGA BERJAYA. | |
Para pelajar yang dikasihi,
A. BAHASA MELAYU MUDAH DIPELAJARI,
TETAPI SUKAR DIKUASAI
Untuk menguasai bahasa Melayu, seseorang itu hendaklah mempunyai sikap positif terhadap bahasa tersebut dan perlu menguasai tatabahasanya. Tanpa menguasai aturan bahasa, seseorang itu tidak boleh dikatakan sudah menguasai bahasa tersebut.
B.KREATIVITI GURU DALAM PENGAJARAN
BAHASA
Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Objektif ini dapat dicapai melalui kaedah atau cara penyampaian guru itu sendiri.
Guru yang berjaya ialah guru yang banyak mempunyai ilmu pengetahuan dan bijak menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan. Selain guru, penglibatan murid juga amat penting bagi menentukan pembelajaran Bahasa Melayu berjaya.
TUISYEN PRASEKOLAH
Sesi pembelajaran bahasa Melayu prasekolah yang kami anjurkan
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas, dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Dalam aspek pendidikan bahasa pula, penekanan lebih diberikan kepada penggunaan bahasa yang betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. Pada peringkat awalnya murid-murid perlu didedahkan dengan asas pembelajaran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Sekiranya kurang diberikan penekanan pada peringkat awal pendidikan inilah, banyak kanak-kanak masih belum dapat membaca dan bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu walaupun mereka telah melangkah ke alam persekolahan.
Menyedari hakikat inilah, para ibu bapa kini mula menghantar anak-anak menyertai tuisyen pada peringkat tadika lagi, sebagai pelengkap ke arah melahirkan insan yang celik bahasa Melayu.
Perkara Yang Diajarkan Dalam Program Tuisyen Prasekolah.
a) Bergaul dan bertutur dengan rakan-rakan
sebaya.
b) Kemahiran dan kecekapan mendengar.
c) Membaca dengan lancar dan mengenal
huruf, suku kata dan mengeja (bagi mereka
yang belum pandai membaca)
d) Menulis dengan kemas, bersih dan betul.
e) Berdisiplin, berbudi bahasa, bersopan
santun dan pandai menyesuaikan diri serta
berani dan yakin kepada diri sendiri.
KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUGA
1. Murid-murid yang cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Melayu - UPSR 2011
NAMA MURID Kertas1 Kertas2
2. Rahana A A
3. R.Rishika A A
4. Thasmeena A A
5. Arvindan A A
6. Sudahsni A A
7. Yashvaan A A
8. M.Amir Aiman A A
9. Jayabalan A A
10. Taranisha A A
11. Tulaisiram A A
12. Kanistigaa A A
13. Ang Zheng Feng A A
14. Lim Teng Seng A A
15. Arun Kumar A A
16. Suraya A A
17. Amira A A
18. Ainur Izati A A
19. Praveen A A
20. Kartikayen A A
21. Aravind A A
22. Heema A A
23. Sarman A B
24. Chong Yit Ern B B
25. Mohd. Rafi A A
26. Firdaus A A
27. Sharifah A A
28. Amutha A A
29. Junainah A A
30. Rafidah A B
2. Murid-murid yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu - UPSR 2012
Nama Murid Kertas 1 Kertas 2
1. Vilasini A A
2. Thilant Nair A A
3. Rohana A A
4. Abd. Rahman A A
5. Salini A A
6. Kirthikha A A
7. Pravin A A
8. Sharifah Aminah A A
9. Puteri Farhanah A A
10. Pavittra A A
11. Harizul Haziq A A
12. Leesa A A
13. Lee Zheng Yee A A
14. Janaqar A A
15. Liew Chun Hong A A
16. Sailesh A B
17. Ridzwan A A
18. Muhd Harith A A
19. Balqis A A
20. Siti Aishah A A
21. Kugeneswari A A
3. Murid-murid cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu - UPSR 2013
Nama murid Kertas 1 Kertas 2
1. Nur Nasiha Atira A A
2. Laasini A A
3. Ang Sze Qin A A
4. Nur Aiman A A
5. Santhiya A A
6. Tashwin A A
7. Sankari B A
8. A.Rahman A A
9. C. Keong Sheng A A
10. Nahendrn A A
11. Darshini A A
12. Navin A A
13. R.Rajendrn A A
14. Mohd. Aidel A B
15. Syamala A A
16. M.Arif Irfan A A
17. Clarance A A
18. Keerthiga Shini B A
19. Kumaresan A A
20. Jacelyn A A
21. Lee Jas Min A A
22. Isyraf Imran A A
23. Rohaya A A
24. Nur Nabilah A A
25. Shevani Shakti A A
26. Kesava Raayu A A
27. Cheu Shao Min A A
28. Krishveen A A
29. Narmatha A A
30. C. Boon Leong A A
31. R. Saranya B A
32. Bhuban A B
33. Kuhan Raj A A
BERITA TERKINI
Majlis Ceramah UPSR 2014
Selasa 26 Ogos 2014
Antara pelajar yang memporoleh anugerah cemerlang, berdasarkan pencapaian mereka yang amat membanggakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan 2.
Ceramah UPSR yang diadakan baru-baru ini mampu memberikan semangat dan keyakinan kepada para pelajar pada saat-saat akhir sebelum mereka menduduki peperiksaan.
Para pelajar yang berjaya menerima pelbagai cenderamata begitu gembira kerana merasakan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh mereka selama ini membuahkan hasil dan dihargai. Setidak-tidaknya mereka akan lebih bersemangat untuk berusaha bagi mencapai kejayaan seterusnya, yang lebih penting dan bermakna untuk kecemerlangan masa depan mereka.
Sebahagian daripada mereka yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mereka yang telah lama belajar di sini. Ada sesetengahnya mereka mula belajar di sini sejak mereka tadika lagi.
Kepada mereka ini saya ingin mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan.
Tidak lupa juga saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ibu bapa pelajar yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk membimbing anak-anak mereka.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2014.
PARA PELAJAR YANG DIKASIHI,
SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH KEPADA PARA PELAJAR YANG MENYERTAI PROGRAM TUISYEN SESI 2015.
NAMUN SAYA BERASA AGAK TERKILAN TERHADAP SIKAP SEGELINTIR PELAJAR YANG TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG KEHADIRAN KE KELAS TUISYEN.
MEREKA SELALU PONTENG KELAS ATAS PELBAGAI ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH. INI BUKAN PERKARA BARU, MALAH SUDAH BERTAHUN-TAHUN LAMANYA .
MEREKA SELALU PONTENG KELAS ATAS PELBAGAI ALASAN YANG TIDAK MUNASABAH. INI BUKAN PERKARA BARU, MALAH SUDAH BERTAHUN-TAHUN LAMANYA .
SAYA BERHARAP AGAR PARA PELAJAR DAN IBU BAPA LEBIH KOMITED TERHADAP KEHADIRAN ANAK-ANAK DALAM KELAS TUISYEN YANG KAMI ANJURKAN INI.
HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH.
SAYA MEGALU-ALUKAN SEBARANG KOMEN ATAU PANDANGAN DARIPADA ANDA SEMUA. SILA TULISKAN KOMEN ATAU PANDANGAN ANDA DALAM RUANGAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH INI.
TERIMA KASIH.