Saturday 21 November 2015


KEPUTUSAN UPSR 2015

         Alhamdulillah......keputusan UPSR 2015 kertas Bahasa Melayu mencatatkan keputusan yang amat membanggakan.

100 peratus para pelajar saya lulus dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 dengan 97 peratus daripadanya memperoleh A dalam kedua-dua kertas ini.

        Nampaknya pendekatan baharu yang saya praktikkan dalam pengajaran saya membuahkan hasil seperti mana yang diharap-harapkan.


        Saya yakin para pelajar saya telah dapat menguasai tatabahasa bahasa Melayu dengan baik, sekali gus memudahkan mereka untuk menghadapi peperiksaan yang lebih besar iaitu PT3.

       Di sini saya mengambil kesempatan untuk sekali lagi mengucapkan tahniah kepada palejar saya yang telah berjaya memperoleh keputusan UPSR dengan cemerlang. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang telah memberikan sokongan dan kerjasama padu kepada saya untuk terus membimbing anda semua.


       Teruskan usaha anda untuk kejayan yang seterusnya.

Selamat Maju Jaya

Cikgu Rashid - 2015.















No comments:

Post a Comment